Perang Dunia Ketiga

Kita tidak pernah tulis perkara yang sebenar dan berlaku jujur dengan diri sendiri. Kita perlu cipta satu dunia fiksi agar perasaan emosi dan pengalaman hidup kita boleh bergerak dengan sendiri. Tetapi kita silap dalam menilai erti autentik nya sebuah penulisan fiksi. Semakin hari semakin palsu, kerana kita berselindung di sebalik dunia perkataan dengan harapan dapat mengaburi hakikat laluan saat kehidupan yang perlu dihadapi dan sukar ditempuhi kadang kala. 

Lalu kita cuba mencipta sebuah dunia melalui watak-watak kertas yang bahkan seperti susah ingin kita cipta apatah lagi untuk garapkan sepenuh perasaan kemanusiaan dalam dirinya. Realiti, kita sendiri keliru dengan pendirian hidup diri sendiri. Maka, nilai diri manusiawi kita sekejap diperteguh dengan keyakinan maha hebat melalui suratan takdir kuasa tertinggi. Dalam sesaat itu juga juga boleh hancur oleh hujan peluru berpandu terhasil dari bicara mulut mereka yang tidak pernah cuba meletakkan diri mereka ke dalam sepatuh kita. Lantaran itu, kehidupan kita menjadi ibarat lalang ditiup angin. Kita boneka keliru yang hidup atas cop pengesahan pendapat orang. 


Sedangkan pendapat sendiri? Ada masa kita pertahankan ia, tetapi ternyata kita tiada kuasa penuh menahan murainya titian bibir para manusia berfikiran kompleks dan dinamik mengikut pengalaman tuntutan ilmu masing-masing. Justeru, kita teringat pepatah orang kebanyakan arif lagi bijaksana soal falsafah kehidupan sebagai manusia. Diam itu adalah senjata terbesar seorang manusia untuk menyelamatkan diri dari sengketa percanggahan kendiri. Maka, harus bagi kita berpandukan rasional pemikiran untuk berusaha memaafkan diri serta mereka yang kurang mengerti bahawa perasaan emosi itu selembut sutera mahal dari China, serapuh kertas papyrus baik putih atau kuning coklat kejinggaan dari pohon berumur di hutan-hutan dunia. Justeru, kita kuburkan hujah plaintif sendiri selepas ditimbal sebaik mungkin sehingga sanggup menyingkirkan peri penting peranan halusnya jiwa emosi mental demi kebaikan dunia sejagat.

Barang kali dengan cara itu, kita boleh menang perang dunia ketiga antara aku dan diriku.  

* * * * *
sangatlah random but here's a little scribble i do. hope you guys like it and can some sort relate to it. thank you!

Comments

  1. terasa bahang perang dunia ke-3 ni...Menarik sebenarnya, klu kakak bawa lagi pembaca ke dalam satu dunia fiksi yang cuba menggambarkan hakikat sebenar tapi dalam bentuk penceritaan dongeng..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts