Tick Tock

Adik perempuan baru birthday dua hari lepas. Genap 17 tahun lah dia mewarnai hari-hari kehidupan ku dengan warna oren, merah, kelabu, biru segala. Annoying memang annoying, tidak sah kalau tidak pernah bergaduh macam anjing dengan kucing. Adik-beradik kot. Lain personaliti, masing-masing ada struggle sendiri. Kena tolak ansur & saling membantu sesama sendiri lah yang penting.

Hari ini pulak, dapat berita sorang student UPM sebaya aku meninggal dunia. Abang dan adik. Si adik tu pelajar tahun pertama macam aku jugak dekat sini, tapi program lain. Arwah pelajar ASPERx batch dengan kawan-kawan aku untuk sesi 14/15. Aku memang tiada related dengan arwah, kenal pun tak. Tapi, mungkin sebab umur kami sebaya dan ya, arwah pelajar UPM, terkesan lah jugak. Semoga Allah mencucuri roh arwah mereka adik-beradik.

Selain itu, budak-budak ASPERx batch 16/17 pulak masuk mendaftar hari ni. No wonder why jam teruk tadi pagi before ke kelas. Syukur keluar awal kalau tak memang alamatnya kena tazkirah ilmiah oleh lecturer 😂 Mesti adik-adik baru masuk tu bercampur baur perasaan mereka. Gembira, sedih, keliru dan tak tau nak rasa apa. Diharap adik-asik ASPERx dapat betulkan niat study dekat sini selain terus kekal tabah dalam mengharungi kehidupan sebagai pelajar pra-universiti.

Ada orang gembira dan bersyukur sebab dipanjangkan umurnya. Gembira sebab dapat banggakan ibu bapa dan seluruh family member sebab berjaya sambung belajar lepas tamat SPM. Pada sisi kehidupan insan yang lain pulak, sedih sebab kehilangan orang yang mereka sayangi & kenali walaupun barang sejenak tidak sampai bertahun lama. Ada yang tahu berita tu, simpati sebab walaupun tidak kenal sangat, masih terasa kehilangan serta ditinggalkan pengajaran buat diri sendiri yang masih kekurangan dalam pelbagai aspek.

Live your life while you can. Do good deeds and don't just blame yourself or others for the bad things that you have done or experience in the past. It's either for us to learn from it and improve ourselves to be better as the day goes by. Allah bagi satu nyawa tu untuk kita belajar mensyukuri semua benda dalam hidup kita, tidak kira lah baik atau buruk. Cherish everything that comes in your life. Loved ones, time, chances and yourselves.

Pesanan untuk diri sendiri dan kalian yang sedang membaca ini.

Comments

Popular Posts