Penat

Maka tamatlah penglibatan ku yang aktif sebagai pelajar kolej 14 untuk semester ini. Cukuplah cukup hahaha penat betul sampai satu tahap study pun semua ke laut. Harap tidak sedalam laut Cina Selatan. Dengan masa yang berbaki ni, di harapkan semua yang bekas sibuk sebelum-sebelum ni pun boleh catch up mana yang tertinggal tu. 

Jam badan ku rosak sudah. LOL selalu rosak setiap kali masuk sem. Kalau dekat rumah pun agaklah paling lewat tidur jam 1 pagi hahhh sebab ndak tau apa aku buat lol. Dekat sini kalau tidur awal dalam around jam 11 tu belum pasti terbangun awal untuk kelas besok. Nanti sampai kelas pun masih mengantuk itu lah kenapa selalu jugak aku tidur lewat sebab entah. Like i said, damaged body clock oredy.

Lagi tiga minggu before cuti study week and yes, RAMADHAN KAREEM!!! Tapi ndak tau la balik ka tidak rasanya aku kuarintin study dekat bilik huhuhu banyak kena catch up ni don't give up please!!!! Tengah memotivasikan diri ini yang masih terkapai-kapai membetulkan niat sebenarnya di sini pada permulaan perjalanan.

Tadi pun dekat kelas Sejarah Kesusasteraan Melayu, pembantu pengajar dr yang ambil alih masa untuk mengajar kami. Dr busy agaknya. So, sedang mengajar pasal Abdullah Munsyi, kak Sakinah menanya lah apa yang kami tahu pasal sasterawan negara sorang ni yang terkenal sebagai Sasterawan Melayu Moden ka etc.. Disebabkan aku tengah sibuk mencatit apa yang keluar dari mulut rakan-rakan seluliah yang memang ada asas kesusasteraan Melayu sebab STPM, terus lah aku kena tanya. "Hah yang menulis tu mesti banyak benda dia tahu."

Sambil mengangkat kepala dan menghentikan penulisan, kak Sakinah pun berjalan menuju tempat aku duduk. First time kena approach oleh tenaga pengajar untu kelas ni. Aku tersengih sikit sambil otak ligat berfikir apa mau dijawab. Memang kosong weh aku tidak apa-apa langsung. 

"Apa perkara pertama yang terlintas dalam minda kamu bila dengar pasal Abdullah Munsyi?" aku berusaha tenangkan diri. Lagi bagus berkata benar, memang aku langsung mati kutu pasal sastera ni. 

"Tak tahu."

"Tak tahu? Serious ah?"

"Ya, kak. Saya memang tidak tahu." sambil menggelengkan kepala. Debaran aku makin menjadi sebab aku tahu apa soalannya yang seterusnya.

"Awak bukan belajar sastera ke dulu?"

"Tak."

"Habis tu, awak belajar apa sebelum ni?"

"Asasi."


"Asasi apa?"

"Asasi undang-undang." Kedengaran suara-suara dari rakan sekelasku yang lain, rata-ratanya terkejut. "Wahh jauhnya..." nasib kak Sakinah faham, dia hanya tersenyum kepada ku sebelum berlalu pergi ke depan kelas.  Itu first time rakan-rakan sekelasku yang selebihnya mengetahui perkara sebenar. Ya, aku asal budak sains tulen semasa sekolah menengah dahulu, sambung asasi dekat UiTM Shah Alam untuk program undang-undang di bawah KPTM dan perjalanan hidupku membawa aku mengambil program Kesusasteraan Melayu di UPM sekarang.


Memang jauh. Entah kenapa, aku rasa lega selepas tu. Boleh terima kenyataan sudah kali bahawa memang begini perjalanan hidupku yang Allah sudah tetapkan. Kadang, sejauh dan seteliti mana pun kita buat perancangan masa depan kita disebabkan kehendak semasa, Dia jugaklah yang akan bawa kembali ke impian kita yang awal. 

That's how my life is, lah. Lain orang, lain perjalanan hidupnya. 

Comments

Post a Comment

Popular Posts